Sunday, April 17, 2011


Assalamualaikum...lama dah sangat rasanya dah x updte blog yang ni...mentang2 dah ada yang baru lupakan yang lama -nada merajuk..:( -

Tahniah juga takziah buat sahabat2 MPP sesi 2010/2011 yang hampir 2 bulan menggalas amanah.. mudah2an ntum sentiasa diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi kehidupan yang pastinya bukan lagi seperti mahasiswa biasa..benar ntum dari Mahasiswa biasa tetapi punyai fikrah dan keizzahan seorang Mahasiswa yang luar biasa..



Mohonlah sentiasa kekuatan dan pertolongan dariNYA..i'Allah akan diberi jalan keluar.. "Intansurullah Yansurkum Wa Yusabbit Aqdamakum"


Friday, March 19, 2010

AMALAN MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderitadiabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.


Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


Mengeluarkan racun:


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


Mandi air sejuk:


Sangat baik untuk meredekan ketangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit:


Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala:


Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia:


Merendam kaki dalam air dingin sangat baik. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

JAWAPAN MASALAH SOSIAL


GEJALA SOSIAL. Apa yang kita faham mengenai dua perkataan ini. Gejala sosial seperti yang kita ketahui merupakan suatu permasalahan yang kian meruncing berlaku kini terutama yang kita nampak di tempat kita yang melibatkan semua lapisan masyarakat, tidak kira kanak-kanak, remaja, belia, dewasa mahu pun yang tua. Apakah semua ini hasil tuaian oleh Nabi Muhammad S.A.W., junjungan besar yang telah dilakukan lebih seribu tahun yang lampau? Sudah tentu tidak melainkan kita sudah lari dari jalan yang lurus yang telah disampaikan oleh Baginda S.A.W. Sepatutnya perkara ini berlaku dalam hal keadaan di negara kita ini terdapat ramai dari kalangan ulama’ yang diiktiraf dan tinggi ilmunya, namun masalah bukangnya berkurang bahkan kian meningkat dari hari ke hari. Semua adalah kerana salah kita sendiri yang cuba mengasing apa yang Nabi Muhammad S.A.W., dan mensekularkan kehidupan kita seharian. Kononnya, hal-hal agama sudah tidak relevan lagi untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.



Kini, Nabi Muhammad S.A.W. sudah tidak menjadikan contoh teladan buat segolongan daripada kita yang kesemua mereka sudah tentu menghadapi masalah sosial yang teramat teruk gayanya. Masing-masing seolah-olah menafikan bahawa sifat dan keperibadian Rasulullah S.A.W. sebagai insan yang kamil yang akhlaknya Al-Quran. Kononnya ia kolot dan tidak relevan dek zaman sekarang. Ini dusta semata! Lupakah kita pada mafhum sirah, bahawa para sahabat bertandang ke rumah Baginda S.A.W. dan bertemu Saidatina ‘Aisyah r.a untuk bertanyakan tentang keperibadian dan akhlak Baginda S.A.W., lantas jawab Saidatina ‘Aisyah r.a. menjawab bahawa akhlak Nabi Muhammad S.A.W. itu adalah akhlak Al-Quran. Akibat pengabaian ini, jangan kita bingung lagi memikirkan kepincangan dalam ummah akhir zaman sekarang yang diumpamakan Baginda S.A.W. bahawa umatnya ramai di akhir zaman, tetapi ibarat buih di lautan. Sudah tiada kekuatan pada kita. Semuanya kerana kita seperti sebab di atas.



Jadi marilah kita kambusi kegagalan kita ini dan menjadi seorang insan yang berjaya seperti yang telah Allah S.W.T. nyatakan peribadi insan berjaya ini di dalam Surah Al-Mu’minuun ayat 1-11 ini. Bagaimana caranya? Sudah diterangkan di dalam pengajaran ayat sebelum ini, iaitu perkara pertama yang mesti dititik beratkan ialah solat. Solat yang bagaimana? Juga sudah diterangkan iaitu solat yang khusyu’. Sesungguhnya kekhusyukan yang optimum ini bakal merapatkan jurang antara kita dengan Dia, Sang Pencipta. Ingin tahu apa kelebihan hampir dengan Dia iaitu Allah S.W.T.? Antaranya suara kita didengari Dia walau di mana kita berada. Biarpun ramai yang membenci kita, tetapi jika Dia menyayangi kita, sudah tidak perlu kita berharap pada dunia yang fana ini. Bahkan sentiasa mencari-cari ruang untuk bertemu Dia. Namun, hal ini dianggap bicara yang tiada tampak hasilnya. Manakan tidak, soal dosa pahala ini adalah termasuk hal-hal ghaib, tidak dapat kita nilai amal kita dalam bentuk material. Namun, biarpun demikian, jangan kita lupa, firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 3 yang berikut :

Maksudnya : (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka.



Nah, ayat ini menyatakan salah satu sifat orang beriman ialah mempercayai perkara-perkara ghaib sebegini. Bila perkara yang tidak nampak seperti ini bertunjuang kuat di dadda seseorang Muslim, maka sudah tentu tahap keimanannya tinggi begitu juga daya tahan dirinya terhadap anasir-anasir luar yang sentiasa mahu menyimpangkan kepercayaannya, maka dia ketepikan segala yang demikian. Maka, ia akan melahirkan seorang insan yang mempunyai pendirian yang berpaksikan kebenaran! Maka, tidak wujud masalah murtad, perlakuan jenayah bahkan untuk melakukan apa-apa kejahatan di muka bumi ini, seseorang yang beriman akan sentiasa ingat bahawa di kanan dan kirinya ada yang menjadi mata-mata Allah S.W.T. untuk memperhatikan segala perilaku hamba-hambanya. Jika semua orang memiliki sifat ini, maka amanlah dunia dan kurang boleh jadi tiada perkara-perkara bertunjangkan thagut ini berlaku di atas muka bumi Allah S.W.T. ini.



Selain itu, menurut ayat 1-11 surah ini, untuk menjadi seorang yang berjaya, bermula dari penampilan, pertuturan, perwatakan dan perlakuan serta perbuatannya mestilah bukan yang sia-sia. Namun, perkara-perkara seperti ini kurang digemari oleh orang ramai terutamanya golongan muda, kata mereka, semua ini skema, perasan bagus dan entah apa-apa lagi yang ditohmahkan. Sedarkah bahawa yang melaksanakan perkara yang mereka tohmahkan ini adalah apa yang digalakkan Nabi Muhammad S.A.W. dan Islam itu sendiri? Dengan melakukan perkara yang sia-sia pertuturan yang tiada isinya, bukannya akan mengangkat peribadi dan tanggapan orang lain padanya, bahkan dia akan mulai disisihkan oleh masyarakat kerana mereka tidak akan memperolehi apa-apa daripada golongan yang kosong perwatakan mereka. Jadi, golongan yang mana sia-sia hidup mereka? Fikir-fikirkanlah.



Selain itu, terjadinya gejala sosial akibat masing-masing tidak menjaga kehormatan diri. Sedangkan Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah ini (Al-Mu’minuun) ayat 5:

Maksudnya : Dan orang-orang yang selalu menjaga faraj (kelamin) mereka.(5)Kecuali terhadap isterinya atau hambasahayanya, maka tidaklah mereka tercela.(6)



Jelas Allah S.W.T. terangkan antara ciri-ciri Muslim yang beriman dan berjaya di dalam ayat di atas. namun ini yang terjadi. Katanya memakai tudung, ya betul, tetapi bahagian lain terdedah sana sini. Bila jadi suatu yang tidak diingini, baru rasa sedih dan menyesal teramat sangat di dalam hati. Hendak menyesal sudah tiada gunanya lagi. Jadi, supaya pisang tidak berbuah dua kali, segeralah kita kembali pada Dia, perhatikan Firman-Nya ini, dan sama-sama laksanakan dalam kehidupan seharian. Barulah permasalahan sosial ini dapat kita tangkis dari berulang lagi.



Selain daripada masalah sosial yang berkaitan seperti yang telah disebutkan di atas, masalah pecah amanah, rasuah dan ketidak tanggungjawaban yang jelas kita lihat kini merupakan contoh masalah sosial yang kian menghantui kita. Ia bukan sahaja menjadijenayah kolar putih bahkan turut berlaku bagi golongan-golongan bawahan. Tahukah kita bahawa sifat tidak amanah ini adalah salah satu dari sifat munafik yang telah Nabi Muhammad S.A.W. titipkan di dalam hadisnya yang bermafhumnya “Sifat-sifat orang munafik itu ada tiga; jika dia berkata-kata atau berbicara dia berbohong , jika dia berjanji, dia mungkiri dan jika dia diberi amanah, dia khianati”. Namun inilah yang berlaku bil sifat amanah tidak ada dalam diri. Sedangkan ayat Allah S.W.T. di dalam surah ini (Al-Mu’minuun) ini jelas membicarakan untuk menjadi seorang yang berjaya, sifat amanah perlu ada dalam dirinya.



Kesimpulannya, sama-samalah kita kembali kepada Allah S.W.T. untuk mengelakkan semua penyakit dunia yang kian merosakkan kita dan menggoyahkan keamanan dunia ini dengan masing-masing kembali berpegang kepada apa yang dibawa oleh Baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Ingatlah bahawa kehidupan kita di dunia ini, bukannya sia-sia kerana kita telah ditaklfkan Allah S.W.T. untuk beribadah padanya. Marilah kita bersama-sama majukan diri kita dan jadikan kita insan yang Muslim dan berjaya di dunia dan akhirat.

Tuesday, January 26, 2010

..:: ZIKIR PERLINDUNG DIRI ::..

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مَنْ لاَ نَبِيَّ بَعْدَهُ.


Segala puji bagi Allah yang maha Esa. Salawat dan salam ke atas Nabi yang tiada lagi nabi sesudahnya.


اَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ* اَللهُ لآ اِلَهَ إِلاَ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ ماَ فِى السَّماَوَاتِ وَماَ فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ ماَ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَماَ خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِماَ شآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّماَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُماَ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ .


“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang berada di langit dan di bumi.Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah lagi Maha Tinggi dan Maha Agung”.


Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi, diselamatkan dari jin sehingga ke petang. Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, diselamatkan mereka hingga ke pagi. – (Riwayat al-Hakim).


بسم الله الر حمن الر حيم.

قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ * اَللهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ *

بسم الله الر حمن الر حيم.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ * مِن شَرِّ ماَ خَلَقَ * وَمِن شَرِّ غاَ سِقٍ إِذاَ وَقَبَ * وَمِن شَرِّ النَّفَّا ثاَتِ فِي الْعُقَدِ * وَمِن شَرِّ حاَسِدٍ إِذاَ حَسَدَ *

بسم الله الر حمن الر حيم.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ * مَلِكِ النَّاسِ * إِلَهِ النَّاسِ * مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ * اَلَّذَي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ * مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ * ×3


“Sesiapa yang mengucapkannya tiga kali pada waktu pagi dan petang, cukuplah ia dari pada segala-galanya.” – (Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmidzi)


أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَاَمْسَى) الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكَ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، رَبِّ اَسْأَلُكَ جَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ (هَذِهِ الْلَيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا)، وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَوْمَ وَشَرَّ مَا بَعْدَهُ (هَذِهِ الْلَيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا)، رَبِّ اَعُوذُبِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ اَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ.


Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan itu milik Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kebaikan pada waktu pagi dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan pada pagi ini dan kejahatan sesudahnya. Ya Tuhanku! Aku berlindung kepada-Mu dari sifat malas dan keburukan pada hari tua. Ya Tuhanku! Aku berlindung


اَللَّهُمَّ بِكَ اَصْبَحْنَا (أَمْسَيْنَا) ، وَبِكَ أَمْسَيْنَا (اَصْبَحْنَا)، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ وَاِلَيْكَ النُّشُورُ.


Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kami dibangkitkan (semula). – (Riwayat Tirmidzi 5:466)



اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي لاَ اِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَاَنَا عَبْدُكَ، وَاَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، اَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَاَبُوءُ بِذَنبِي فَغْفِرْلِي فَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبِ إِلاَّ أَنْتَ.


Ya Allah! Engkau adalah Tuhan ku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan taat setia kepada janjiku dengan-Mu sekadar kemampuanku, Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui di hadapan Engkau atas segala nikmat kurnia-Mu ke atas ku. Aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.


Sesiapa yang mengucapkannya dengan penuh yakin pada waktu petang, maka jika ditakdirkan ia meninggal dunia pada waktu malamnya, ia memasuki syurga. demikian juga jika ia mengucapkannya pada waktu pagi. - (Riwayat Bukhari 7:150)


َللَّهُمَّ إنِّي أَصْبَحْتُ(أَمْسَيْتُ) اُشْهِدُكَ وَاُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، وَمَلآئِكَتَكَ وَجَمِيْعَ خَلْقِكَ،

أَنَّكَ اَنْتَ اللهُ لآ اِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ، وَحْدَكَ لآ شَرِيْكَ لَكَ، وَاَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ. ×4


Ya Allah! Sesungguhnya aku bersaksi dengan Engkau di waktu pagi, malaikat yang memikul arasy Mu, malaikat-malaikat dan seluruh makhluk Mu, sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan selain Engkau yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu.

Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi atau petang 4 kali, Allah selamatkannya daripada neraka. – (Riwayat Abu Dawud 4:317)


اَللَّهُمَّ مَا اَصْبَحَ(أَمْسَيْ) بِي مِن نِّعْمَةٍ أَوْبِاَحَدٍ مِن خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ، فَبِكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ.


Ya Allah! Nikmat yang ku terima atau yang diterima oleh seseorang di antara makhluk-Mu di pagi ini adalah daripada-Mu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala puji dan kepada-Mu dipanjatkan syukur.

Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi, ia telah menunaikan kesyukurannya pada hari itu. Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, ia telah menunaikan kesyukuran pada malamnya. – (Riwayat Abu Dawud 4:318)


اَللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اَللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَأَعُوذَ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ. ×3


Ya Allah! Sihatkan tubuh badanku. Ya Allah! Sihatkan pendengaranku. Ya Allah! Sihatkan penglihatanku. Tiada Tuhan berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kekafiran dan kefakiran. Aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur. Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. – (Riwayat Abu Dawud 4:324)


اَللَّهُمَّ أِنِّي أَسْاَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ: فِي دِينِي، وَدُّنْيَايَ، وَأَهْلِي وَمَالِي، اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِن رَوْعَاتِي، اَللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِن بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَن يَمِيِني، وَعَن شِمَالِي، وِمِن فَوْقِي، وَاَعُوذُ بِغَظَمَتِكَ أَن أَغْتَالَ مِن تَحْتِي.


Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, kebajikan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan pada agama, dunia, keluarga dan harta bendaku. Ya Allah! Tutuplah auratku, dan tenteramkanlah hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku di sebelah hadapanku, belakangku, kananku, kiriku, dan di atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu agar tidak disambar dari sebelah bawah. – (Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah 2:332)


اَللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَن لاَّ اِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّنَفْسِي، وَمِن شَرِّ الشَّيْطَان وَشِرْكِهِ، وَاَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا، أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ.


Ya Allah! Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, pencipta petala langit dan bumi, Tuhan yang menguasai segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku, daripada kejahatan syaitan dan konco-konconya agar aku tidak menjerumus diriku ke dalam kejahatan dan mengheret Muslim yang lain ke dalamnya. – (Riwayat at-Tirmidzi 3:142)


بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. ×3


Dengan nama Allah yang apabila sesuatu disebut dengan nama-Nya, ia tidak memberi mudharat samada yang berada di bumi atau di langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sesiapa yang mengucapkannya 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang, tiada sesuatu yang dapat memudaratkannya – (Riwayat Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibn Majah)


رَضِيْتُ بِا للهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا. ×3


Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam itu sebagai cara hidup, dan Muhammad SAW sebagai Nabi.

Sesiapa yang mengucapkannya 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang,adalah menjadi hak ke atas Allah untuk meredhainya pada hari kiamat – (Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)


يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ اَسْتَغِيْثُ اَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.


(Ya Allah!) Yang Maha Hidup, (Ya Allah!) Yang Maha Menguruskan (alam ini), Dengan rahmat-Mu aku memohon agar Engkau perbaiki segala urusanku dan jangan Engkau biarkan aku membuat keputusan sendiri walaupun sekelip mata. – (Riwayat al-Hakim)


اَصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى) الْمُلْكُ لِلَّهِ رِبِّ الْعَالَمِيْنَ، اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ: فَتْحَهُ، وَنَصْرَهُ، وَنُورَهُ، وَبَرَكَتَهُ، وَهُدَاهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّمَا فِيهِ وَشَرِّمَا بَعْدَهُ.


Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan itu milik Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan pada hari ini. Rahmat, kemenangan, cahaya, keberkatan dan petunjuk. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang terdapat di dalamnya dan kejahatan sesudahnya. – (Riwayat Abu Dawud 4:322)


أَصْبَحْنَا (أَمْسَيْنَا) عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيمَ، حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ.


Berpagi-pagi kami berada di atas fitrah Islam, berpegang dengan kalimah tauhid, menuruti agama Nabi kami Muhammad SAW dan tegak di atas milah moyang kami Ibrahim yang lurus dalam keadaan tunduk patuh menyerah diri. Tidaklah kami daripada golongan musyrikin. – (Riwayat Ahmad 3:406-407)


سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ. ×100


Maha suci Allah, aku memuji-Nya. – (Riwayat Muslim 4:2071)


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. ×10


Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Sesiapa yang mengucapkannya 100 kali sehari menyamai 10 orang hamba. Ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan 100 kejahatan. Baginya pada hari itu terpelihara dari syaitan sehingga ke petang. Tiada siapa yang datang lebih baik daripada apa yang dibawanya kecuali orang yang datang membawa amalan yang lebih banyak daripada itu. – (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, dan Ahmad)


سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ. ×3


Maha Suci Allah dan puji-pujian itu bagi-Nya sebanyak makhluknya, sejauh keredhaan-Nya, seberat timbangan arasy-Nya, dan sebanyak tinta kalimat-Nya.

Sesiapa yang mengucapkannya 100 kali pada waktu pagi dan petang, tiada seorang pun yang datang pada hari kiamat lebih baik daripada apa yang dibawanya, melainkan sesiapa yang datang seumpamanya atau lebih daripadanya. – (Riwayat Muslim 4:2090)


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْاَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.


Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-mu ilmu yang bermunafaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima. – (Riwayat Ibn Suniy)


أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ. ×100


Aku memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. – (Riwayat Bukhari)


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِن شَرِّمَا خَلَقَ. ×3


Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada apa-apa kejahatan yang Dia ciptakan.

Sesiapa yang mengucapkan pada waktu petang 3 kali, tidak akan terkena demam pada malam itu. – (Riwayat Ahmad dan an-NaSa’i)


اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ. ×10


Ya Allah! Limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.

Sesiapa yang berselawat ke atasku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. – (Riwayat at-Tabarani)


p/s: Teks Biru - Dibaca pada waktu pagi

Teks Merah - Dibaca pada waktu petang



UNDI SAYA,

ATIQAH BINTI MOHD. HASBI CALON FAKULTI BAHASA

p/s: Undi yang baik dapat menjamin kepimpinan yang mantap. Pilih pemimpin yang boleh membawa kamu kepada jalan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Monday, January 25, 2010

KONSEP PIMPINAN DALAM ISLAM

Pendahuluan

Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala (Al Umm juz VII ms 04) bahawa telah berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan"
(Surah Shaad ayat 26)

Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab

"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil."
(Surah Al-Maidah ayat 49)

Firman Allah lagi

"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhatihatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan . kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu"

Firman Allah Taala selanjutnya:

"Dan (menguruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil",

Berkata Imam Al-Shafiee Rahmatallah:

Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabiNya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.

Makna "adil" ialah mengikut hukum yang diturunkan Allah. Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan Baginda memutuskan hukuman di antara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya s.a.w, daripada agama dan umatNya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi).

Firman Allah:

"Sesiapa yang taat kepada , Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah".

Firmannya lagi:

"Maka demi Tuhanmu (mereka pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan"

dan berfirman lagi:

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya "takut". Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah kitab Allah kemudian sunnah NabiNya s.a.w. Tidak boleh seseorang Mufti atau seorang hakim memberi fatwa atau menghukum sehingga masing-masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu dari keduanya"

Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat "nas-nas dari keduanya barulah ijtihad."

Keterangan Imam Al-Shafiee ai dalam bab kehakiman itu boleh dijadikan panduan selanjutnya di dalam membicarakan"konsep pimpinan dalam Islam" selain daripada memerhatikan ayat-ayat dah hadith-hadith yang lain, dalam semua peringkat dan golongan pimpinan merangkumi ketua negara, menteri, ulama' penghulu, guru-guru, da'ai, pemi.mpin masyarakat, pertubuhan, rumahtangga dan lain-lain. Kerana sumber pimpinan yang tertinqgi ialah Al-Quran, Al-sunnah
Ijtihad dan perkara yang hendak disuburkan dari pimpinan itu ialah keadilah ilahi dan atlamatnya kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w. tiap-tiap kamu pengembala dan tiap pengembala bertanggungjawab terhadap apa yang digembala."

Mewujudkankan pimpinan yang diredhai Allah

Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa'ulummah, di antara ayat-ayatnya

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"
maksud ayat (A1-Imran 104).

Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, "mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a'in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang ..."
Maksud ayat (Al-Taubah 71)

Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang munkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut "
maksud hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki.

Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar.

Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara' meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Perkara yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa "yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah.

Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.

Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh

Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.

Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.

Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar. Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan.

Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.

Ambillah contoh mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada firman Allah:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir."
(Surah Al-Rum ayat 21).

Suami sebagai pemimpin rumahtangga haruslah memerhatikan samada tujuan perkahwinan itu telah berhasil denqan tercapai ketiga-tiga perkara tadi atau belum mengikut cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Jika belum berhasil tentulah ada kecacatan di dalam pimpinan tersebut.
Contoh yang lain Allah berfirman

Maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang husyu' dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,'
(surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)

Contoh yang lain Allah berfirman:

" Dan (hamba hamba yang baik dari Tuhan) yang maha penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka (dengan kata- kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, Dan orang yang melalui malam hari denqan bersujud dan berdiri kerana Tuhan mereke. Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhanku! kami jauhkan azab jahanam dari kami (kerana) sesungguhnya azabnya itu ialah kebinasaan yang kekal." Sesungguhnya jahanam itu seburuk tempat menetap dan tempat kediaman.

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, tetapi adalah (perbelanjaan) itu di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diiaaramkan Allah (membunuhnya) kecuali yang hak dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat pembalasan (dosanya). (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka itu, kejahatan mereka diqanti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang) yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah,mereka, lalui )sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang bilamana diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, meraka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

Dan orang-orang yang berkata: `Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai biji mata (kami), dan jadikan kami pemuka bagi, (orany-orang yang bertakwa). Mereka itulah yang dibalas dengan mertabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya."
(Surah al-Furqan ayat 63-75)

Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa ujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.

Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin

Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da'i atau seorang yang pada hari itu sebagai mehteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masingmasing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma' ulama' al-wmcrah nengenainya. Diantaranya ialah:

Muslim,'akil baligh dan laki-laki

Adil Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Berilmu Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan pimpinan.

Mempunyai kudrat, kemampuan. Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.
Beradab mengikut akhlak Islam, Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.
Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah

Ciri terpenting dalam perjuagan dan pimpinan Islam Bagi meluaskan sedikit huraian syarat ketiga di atas maka seorang pemimpin yang menamakan dirinya sebagai barisan pemimpin Islam, tahap yang paling minima haruslah ia mampu membaca ayat al-Quran dan petikan-petikan hadith serta memahami maksudnya. Lebih jauh dapat menghafal ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut.

Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan ."Mustalihul Hadith". Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dam mana yang furu'. Berkaatan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, Kerana kitab-kitab yanq original yang berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab.
Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam pimpinan, hingga merebak kepada masysrakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.

Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam neqara Islam

Al-Farra' Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:

Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama

Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah

Menjaga kesejahteraan umat

Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah

Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh

Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam atau berlindung di bawah negara Islam.

Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara'.

Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat dan membayar pada waktu yang ditetapkan.

Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan harta terpelihara.

Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.

Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut.

Pimpinan dalam rumahtangga

Pimpinan di dalam Islam bermula daripada rumahtangga. Masyarakat yang sejahtera bermula daripada rumahtangga yang sejahtera. Kesejahteraan suami isteri hanya tercapai bilamana kehendak Islam itu terlaksana di dalam rumahtangga tersebut.
Di antara hak-hak suami yang harus ditaati oleh isteri ialah:

Mentaati suaminya bilamana diajak ke tempat tidur.

Tidak harus menunaikan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami.

Tidak harus membelanjakan harta suami kecuali dengan izinnya.

Tidak harus keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.

Hendaklah isteri beradab kepada suaminya di antaranya jangan mengumpat dan memaki suaminya. Di antaranya jangan bermegah dengan kecantikannya kepada suaminya. Dan jika suaminya huduh jangan pula merendahkannya. Di antaranya sentiasa bertakwa dan'menjaga diri di waktu ketiadaan suami di rumah dan melaksanakan tugas tumahtangga sebaik baiknya.
Di antara hak-hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami nya ialah:

Hendaklah suami menghormati isterinya dan hidup bersamanya dengan "maaruf" dan "ikhsan".

Hendaklah suami sentiasa berada di dalam keadaan yang mengembirakan isterinya.

Hendaklah suami sentiasa berlapang dada jika berlaku sesuatu perselisihan dengan isterinya.

Hendaklah suami menjadi ikutan yang baik kepada isteri dan keluarganya.

Melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan sebaik baiknya.

Pimpinan ibu bapa terhadap anak-anak

Hak anak-anak yang harus dihormati oleh ibu-bapa seperti yang diterangkan oleh Al-Imam Ghazali di dalam kitab "Ikhya' ulu muddin" seketika lahirnya di antaranya ialah:
Janganlah seseorang itu terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan merasa dukacita mendapat anak perempuan.

Setelah anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanannya dan dikamatkan di teli.nga kirinya. Bilamana anak tersebut pandai bercakap sunat di ajarkan "La ilaha illallah".
Hendaklah diberi nama yang baik. Sabda rasulullah s.aow. yang inermaksud: "Sesungguhnya kamu akan dipanggil nama kamu dan nama bapa kamu pada hari kiamat. Sebab itu bagusilah nama-nama kamu". Sebab itu sesiapa yang mempunyai nama-nama yang tidak baik digalak menukarkannya kepada nama-nama yang baik.

Melakukan akikah pada hari ke tujuh kelahiran anak.

Hendaklah ibu-bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak mereka. Ajarlah mereka bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah secara mengajar jika mereka malas ketika berumur sepuluh tahun, marah dan berilah amaran jika mereka tidak menurut selepas itu. Tunjuklah kepada mereka contoh tauladan yang baik di dalam pergaulan sehari-hari, supaya mereka menjadi insan yang baik di masa hadapan.

Kewajapan ini tersimpul di dalam Firman Allah bermaksud
"Selamatkanlah diri kamu dan kaum keluargamu dari api neraka."


Kesimpulan

Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut:

"Konsep pimpinan dalam Islam" merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.

Pimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar.
Sumber pimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah

Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara.

Pimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlehih dahulu.

Makna pimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain.

Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.

".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "
(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)

Wallahu a'lam

DARI: ATKAH BINTI MOHD. HASBI
"MAHASISWA PENDIDIK PENCETUS REVOLUSI"

Saturday, January 23, 2010

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails